Menjadikan rumah sebagai stor menyimpan mercun dan bunga api sebelum dijual sempena musim perayaan.<br />Lima lelaki ditahan dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Termenung, Tuaran pada Selasa.<br />Dalam serbuan jam 9.50 malam itu, sebanyak 13 jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM5,000 berdasarkan harga pasaran semasa itu turut dirampas.